Wednesday, March 21, 2012

Penculikkan Diri Sendiri???

Assalamualaikum.....
mungkin tajuk entri kali ini berlainan dengan apa yang biasa aku bebelkan dalam blog kesayangan ku ini....
tapi aku memang sangat-sangat marah dengan budak ini.....
di bawah gambar yang boleh menerangkan permulaan kisah budak 15 tahun ini....
"nur fatihah (15 tahun) di laporkan di culik"
masa aku baca paper ni, aku memang tumpang simpati dengan mak budak ni....
ye lah kan, sekarang ni banyak sangat kes penculikan yang berakhir dengan tragedi....
sebelum ni kes arwah adik DIRANG......memang betul-betul kesian.....
tapi dengan adik FATIHAH ni, aku rasa kalau dia ada depan mata aku...
da lama aku sekeh-sekeh.....
buat main-main dengan perasaan mak bapak.....
adik menangis-nangis bila kenang balik saat dia kena 'culik'....
tapi......
rupanya , kau rancang penculikkan ko sendiri??
semata-mata nak bersama dengan pak we cabuk kau??
aishhh......aku lak menyirap darah.....
mana akal kau dik? 
ke akal kau menggatal sangat?
saat ni, memang aku betul-betul kasihan dengan mak bapak kau dik......
menanggung malu atas perbuatan kau....

ini berita yang aku baca dalam berita harian......

"  KUANTAN: Gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lalu, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner T Narenasagaran, berkata gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami.
"Laporan yang dibuat kepada polis dengan mendakwa gadis itu diculik adalah tidak benar kerana dia mengaku dia tidak diculik tetapi melarikan diri dari rumah kerana tekanan perasaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Siti Nur Fatihah ditemui di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan petang semalam, selepas dikatakan diculik dua lelaki dan seorang wanita semasa bersama adik lelaki dan sepupunya membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini, Ahad lalu.

Narenasagaran berkata remaja itu sendiri yang menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan supaya menghantarnya ke rumah teman lelakinya pada hari dia dilapor hilang oleh keluarganya.

Beliau berkata Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Sultanah Fatimah di sini untuk kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu menemui sesiapa.

"Kes ini telah selesai dan kami menegaskan bahawa ini bukan kes culik. Mangsa keluar rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak dalam kes ini.
"Mangsa keluar rumah dengan tujuan hendak menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya," katanya.

Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 20-an yang sebelum ini dikatakan melarikan gadis itu, Narenasagaran berkata mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berhubung kes itu.

"Mereka tidak melakukan penculikan tetapi polis akan panggil semula kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk diambil keterangan," katanya. - BERNAMA "

p/s: maaf la kalau ada yang kurang senang bila membaca entri aku kali ini.....aku cuma meluahkan apa yang aku rasa.....

1 comment:

Copyright© All Rights Reserved mmisznia.blogspot.com